05 May 2011

Unsur manusia

Jam menunjukkan 8.30 malam, aku duduk di meja bersebelahan tingkap bilik, memerhatikan bintang, merasakan tiupan angin. Tiba-tiba teringat pula Ustaz Azman, pensyarah yang mengajar subjek tamadun islam.

Ustaz : "Ada berapa unsur kejadian manusia?"
Pelajar : "Ada 4 ustaz."
Ustaz : "Oke pelajar. Sebutkan unsur-unsur kejadian manusia menurut islam dan sains."
Pelajar : "Tanah, Air, Api, Angin"
Ustaz : "haissh awak ni, jawab ikot sedap tekak aje. bukak buku mukasurat 21. Unsur kejadian manusia ada 2 sahaja. Unsur Jasmani dan Unsur Rohani"
Pelajar : "hahaha.. semua mengetawakan diri sendiri."

-Tamat-

Pernah masa budak-budak dulu aku duduk mencelah di antara mak dan makcik-makcikku di kampung. Mereka bercerita tentang 4 unsur ni la (Tanah, Air, Api, Angin). Mak Long kata partner kita mestilah serasi contohnya Air boleh sejukkan Api. Jika Api dengan Angin susahlah nak reda kalau datang masalah. Dan macam-macam lagi andaian la.. Sejauh mana kebenarannya belum boleh lagi di sahihkan. Yang betul mungkin kebetulan.

Nak tahu korang jenis apa?
Kedudukan dalam keluarga memberi gambaran terdekat yang boleh dikaitkan dengan 4 unsur ini seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata korang nilai sendiri keputusan kali ini.

Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas

Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling. Tapi awas, jika individu ini merasa dirinya terancam mungkin juga boleh memberi rasa panas kepada orang sekelilingnya.

Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

5 comments:

  1. air..hahahahaha..klu tengok drama korea sedih,meleleh la jugak..tpi control2..hehehe..

    ReplyDelete
  2. kang kang ,, kangg ,, kang ,, errr , byk betol dia sebot 'kang ' time dy ngajo , ! , tergelak gelak daku dbelakang ..

    ReplyDelete
  3. @fahmi : hehe. kantol sudah
    @beluncas : orang ganu, nk wat guane kang. hehe :D

    ReplyDelete
  4. lana sifat tanah..tpi aritu lana ade wat gak ujian tok tahu personaliti, lana jatuh dlm sifat Metal, huhu..sebb tu lana suke color2 gelap,hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

udenovelty™ Copyright © 2013 Idea by Mysara